Pada 17 Oktober 2016 (Isnin) Penjara Simpang Renggam telah mengadakan program membuat (3) jenis bubur Asyura iaitu bubur pantai timur, bubur utara dan bubur selatan bagi kakitangan Penjara Simpang Renggam, Johor. Program bermula seawal 06.00 pagi dan berakhir pada pukul 03.30 petang. Seramai 50 orang kakitangan dan keluarga terlibat dalam program ini. Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim di antara kakitangan dan memupuk semangat gotong-royong. Turut hadir dalam program ini ialah TKP Ramli Bin Osman, Pengarah Penjara Simpang Renggam dan pegawai yang bertugas.
""